MARA Ecosystem Quality Standard (MQS)

Tujuan

Manual MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) diperkenalkan untuk menerapkan budaya AmalanQE/5S secara berterusan di semua Pusat Pentadbiran MARA. Manual ini digubal berdasarkan inisiatif Budaya Amalan QE/5S dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan serta Arahan Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. MQS akan dilaksana menggunakan kepakaran dalaman MARA sebagai langkah penjimatan ke arah transformasi pembudayaan imej korporat yang lebih cemerlang dalam MARA.

Melalui penggubalan manual ini, MARA berhasrat agar dapat menjadi satu standard untuk dipatuhi dan seterusnya dapat mencetuskan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif di Pusat Pentadbiran MARA. Pengurusan persekitaran kerja yang kondusif akan mampu meningkatkan produktiviti, menerapkan sikap positif serta kualiti penyampaian perkhidmatan warga kerja MARA.

Pelaksanaan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) ini diharapkan dapat menerapkan kualiti ekosistem di semua Pusat Pentadbiran MARA yang meliputi budaya korporat, persekitaran kondusif termasuk elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta keselamatan perlindungan dalam kalangan warga kerja. Ia merupakan satu inisiatif penambahbaikan yang lebih relevan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa.

Pengenalan

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui surat bertarikh 24 Februari 2017, telah bersetuju membenarkan penggunaan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) di semua Pusat Pentadbiran MARA. MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) merupakan satu inisiatif baru dalam memastikan budaya ini diamalkan di setiap Pusat Pentadbiran MARA seiring dengan penerapan Do-It-Yourself (DIY) dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pendekatan MQS memfokuskan kepada tiga (3) elemen utama, iaitu Budaya Korporat, Persekitaran Kondusif serta Kreatif & Inovasi. Elemen-elemen tersebut dilaksanakan melalui komponen-komponen tersendiri yang berasaskan aspek penilaian Pengurusan Risiko. Antara komponen yang dinilai ialah Maklumat Korporat, Dokumentasi Organisasi, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Keselamatan Perlindungan. Elemen Kreatif & Inovasi pula menitikberatkan pembudayaan, galakan/ sokongan dan impak perkara ini ke atas semua Pusat Pentadbiran MARA.

Elemen dan komponen yang telah dikenalpasti adalah mengutamakan pengurusan persekitaran kerja kondusif supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Seterusnya mampu meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dalam kalangan warga kerja MARA di pusat dan prestasi MARA keseluruhannya.

PELAKSANAAN

Manual MQS disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada semua Pusat Pentadbiran MARA dalam melaksanakan Pensijilan MQS. Pegawai Mengawal Pusat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses pelaksanaannya di pusat masing-masing.

  • Kelayakan Pensijilan MQS

 Semua Pusat Pentadbiran MARA adalah dikehendaki melaksanakan Pensijilan MQS. Permohonan untuk mendapat pensijilan baharu MQS atau pembaharuan Sijil MQS hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk MQS yang akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan.

  • Pengurusan Pensijilan MQS

 PENSIJILAN

Sijil MQS akan dikeluarkan kepada Pusat Pentadbiran MARA yang melepasi tahap penilaian yang telah ditetapkan, sebagaimana berikut:-

i.

Markah 85% ke atas

-

Pensijilan MQS

 

ii.

Markah 80 - 84%

-

Lulus Bersyarat.

 

 

 

 

Sijil MQS akan dikeluarkan setelah semua penambahbaikan

 

 

 

 

dilaksanakan berdasarkan teguran oleh Pegawai MQS semasa

 

 

 

 

lawatan verifikasi dan telah mendapat pengesahan daripada

 

 

Markah 79% ke bawah -

Jawatankuasa Induk MQS dengan laporan bergambar.

 

iii.

Tidak layak pensijilan